Selasa, 18 Februari 2014

CERAMAH KEBAKARAN, DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN DAN LATIHAN MENYELAMAT SEMASA KEBAKARAN SK AGAMA SRI AMAN

LATIHAN KEBAKARAN & DEMONSTRASI MEMADAMKAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 12 Februari lepas, Unit Hal Ehwal Murid(HEM) melalui jawatankuasa Keselamatan sekolah telah mengadakan latihan kebakaran & kecemasan kali-1 bagi sesi 2014. Program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Sri Aman. Program bermula seawal 8 pagi dengan sesi penerangan berkaitan kebakaran serta langkah-langkah menggunakan alat pemadam api yang betul.

Program diteruskan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran yang dijalankan di padang sekolah, Turut serta sukarelawan dari kalangan murid-murid untuk mencuba memadamkan api.

Program berakhir dengan latihan kecemasan kebakaran. Guru-guru, murid-murid didedahkan dengan situasi jika berlaku kecemasan berlaku kebakaran, Siren dibunyikan, murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka bergerak dan berkumpul di tapak berhimpun yang telah ditetapkan.  murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing. Masa yang diambil oleh semua murid dan staf untuk berkumpul di dataran itu adalah di bawah masa 3 minit.  Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak jadual kedatangan untuk memastikan tiada murid yang tertinggal. 



TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
















LADANG ANGGUR PERLIS - CUTI-CUTI MALAYSIA














Tempat Tinggal Ku Sekarang SRI AMAN, Sarawak

Sri Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sri Aman (asalnya Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam Sarawak. Bahagian kedua dariapada 5 bahagian yang lain. Nama Sri Aman diambil sempena dengan penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974.
Sri Aman juga mempunyai sejarah yang lama semasa penjajahan British. tempat kediaman mereka yang dinamakan 'Kubu Alice' sekarang ini masih wujud dan pernah menjadi kunjungan orang ramai.Sayang sekali keadaan 'Kubu Alice' kini terbiar dan tidak diselenggarai.
Sri Aman terkenal dengan buaya legenda "Bujang Senang"nya dan fenomena unik ombak gadang yang digelar BENAK. Pesta BENAK diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan acara utamanya adalah regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh dan acara-acara sampingan yang lain.
Terdapat juga sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, 'Ikan Bulu' sejenis ikan sungai yang sangat sedap jika dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar. Dulu Sri Aman juga terkenal dengan Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) antaranya ikan jan salai & ikan lumek salai.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Aman

Melancong : Cameran Highland - Cuti-cuti Malaysia